Sunday, August 5, 2012

melentik dan memanjangkan bulu mata

x disangkal lagi.. satu-satunya petua nak memanjangkan bulu mata ialah dengan menyapukan sedikit gel lidah buaya (aloe vera) diatas bulu mata.. jgn plak ko kerat lidah buaya yang betol2 buaya.. sekali ko pon terkerat.. petua ni mmg kena selalu buat n rajin2 kan diri anda jika anda mahu hasil yg memuaskan..

kat kl ni mmg susah nak jumpa lidah boya nih.. melainkan kat rumah korang ada tanam pokok lidah boya kat pasu.. untung lahhh.. rumah aku satu pasu pon xde..

xpe, kat kampung aku ada! lagi2 kat halaman rumah.. rambang mata je aku tengok.. nak aku kerat satu2 lidah boya nih.. offcos!! mmg aku kerat pon.. dari 3 pasu lidah boya nih.. tinggal 1 je.. tu pon dah byk kena kerat dgn aku..semua diperhabiskan oleh aku.. huahuahuagrhhh!!  aku ni klu balik kampung tu je la aku buat.. amik pisau samurai kat dapur terus gi depan rumah kerat 2 batang lidah boya.. tp sebelum otak aku berkembang genius mcm sekarang nih..aku selalu membazirkan gel lidah boya nih.. aku pakai sikit je..lebih tu aku buang.. sebab aku ni jenis geli pegang benda melekit2 nih.. so..terjadilah isu 3 pasu jadi 1 pasu.. sangat membazir!!

tapi sekarang aku dah bertaubat x nak membazir benda khazanah alam yang berharga nih.. genius otak aku ni dapat dikesan sehari sebelum balik kampung tempoh hari.. saat aku terlihat botol2 mandi hotel yg comel lote tidak terusik oleh sesiapa.. (botol tu kosong.. dah abis sabun tu aku lumur sekali pakai sbb wangi sangat..) aku pon terpikir.." apa aku nak buat dgn ko nih??" aku berdialog ckp sorang2 dgn botol  dlm bilik mandi nih!  buang kang membazir..aku dah bertaubat dah!  ohh.. sangat kesian.. sekali botol tu bercakap.. jangan buang aku!! aku tidak bersalah.. apa kata ko isi gel lidah boya dlm badanku ini.. dulukan ko selalu membazir.. panggggggggg!!!


ok..anda harus percaya cerita diatas..


bahan2:

-satu botol kecil bersama penutup
-berus maskara ( maskara yg x digunakan lg)
-2 batang lidah boya
- batu lesung
- pisau
-sudu

method:
- basuh bersih2 botol tu.. pastikan tiada benda asing mahu pon sisa2 sabun di dlmnya..
- basuh berus maskara sebersih-bersihnya sehingga tertanggal dakwat2 degil..
- potong, kerat, sesah, x pon libas batang lidah boya mengikut kretiviti anda
- bilas lidah boya dgn air bg menghilangkan kesan2 tanah yg terlekat pada lidah boya
- peeling kulit lidah boya menggunakan pisau bg mengasingkan kulit n gelnya
- masa peeling kulit tu akan ada titisan lendir lidah boya.. masa tu anda harus cpt2 memasukkan lendir tersebut dlm botol.. harus cermat, berhati2, dan sabar..
- ambil gel lidah boya.. potong kecil2.. masukkan dlm batu lesung, kemudian tumbuk bg mengeluarkan lagi lebihan lendir. tumbuk sehingga lumat..
- gunakan sudu utk ambil lendir lidah boya dlm batu lesung.. n masukkan dlm botol sedikit demi sedikit supaya tidak tumpah.
- celupkan berus maskara dlm botol yg berisi lendir lidah boya.. dan sapukan pada bulu mata anda






















aku guna botol mandi KLANA HOTEL & RESORTS!! hahahahaha.. n berus maskara maybellin volume x
x sangka muat plak boleh tutup.. bagos2!! aku suka!!!!






















banyak jugak la aku dapat lendir lidah boya nih.. perghhh.. lagi la aku suka!!! sukanya!!!!!!!


senangkan!!!! korang boleh pakai bila-bila masa mcm pakai maskara maybellin.. serius!! bestt.. try lah!! xyah nak tunggu malam hari untuk pakai benda nih.. bila2 masa je boleh pakai..
bg memudahkan.. carilah botol yg sama saiz penutup dgn penutup berus maskara seperti gambarajah di atas. anda boleh terus tutup botol menggunakan penutup maskara itu..

good luck uooaaalllzzzz!

Monday, June 25, 2012

doxymycin penghapus jerawat

bagi sesiapa yang x tahu doxymycin ni pil antibiotik berwarna hijau atau nama lainnya doxycycline. pil ni tersangat la mujarab bagi sesiapa yang ada masalah jerawat tegar macam aku nih.. jerawat kat muka aku ni punya la banyak.. lagi2 kat pipi.. merah menyala warna dia..xyah la aku terangkan mcm mana teruknya jerawat nih.. paham2 la sendiri.. sampaikan nak kuar rumah pon malu.. membuatkan self esteem aku low.. mak aku ajak mkn dinner kat restorent arab pon aku xnak ikut gara2 jerawat punya pasal.. iskk..sakitt hati!
ayah aku x serik pon carikan ubat jerawat utk anak pompuan dia nih.. terharu seyh.. sampai aku ngadu kat ayah aku pon suara aku macam nak nangis.. menahan2 aku cakap jgn bg nangis.. seb bek x nangis.. bersyukur pada Allah.. masa balik kg melaka hari tu ayah aku de singgah farmasi alang kat masjid tanah.. akak farmasi tu yg syorkan aku makan pil doxymycin nih.. berpapan2 juga la ayah aku beli.. permulaan pertama dalam seminggu tu dia suruh aku telan pil ni 4 biji seminggu.. minggu seterusnya 3 biji.. minggu 3 telan 2 biji.. n minggu ke4 yang paling last telan sebiji.. perghhh.. lepas mkn da sampai sebulan tu aku boleh rasa perubahan ketara.. jerawat aku kecut semua.. bila aku tekan2 kulit pipi aku x rasa pon benjol jewarat.. n bekas jerawat merah2 semua xde.. ya Allah.. rasa macam miracle GILA!!! aku berterima kasih gila2 la kat akak farmasi tu.. klu dia x syorkan pil ni mau jerawat ni makin worse.. aku takut muka aku berlobang2.. that's the SCARIES thing EVER!!! n makan pil jerawat ni pon ada alahannya.. menurut kata akak farmasi tu.. telan2 pil ni jangan se sekali makan, minum produk yang berunsurkan tenusu.. TAK boleh minum susu.. TAK boleh makan cheese.. TAK boleh makan yogurt, vitagen, calciyum or whatever.. agak seram juga la pantang larang dia.. gila! Aku kuat minum susu kot.. minum dalam botol lg.. huhk.. gara2 nak hilangkan jerawat nak x nak kena tinggalkan benda ni juga la.. ohh.. selamat tinggal susu n cheese.. i will miss u..  x kisah lah.. susu je kot.. macam xde makan lain yang boleh aku hadap.. but.. hilang2 jerawat ni pon.. 3 bulan kemudiannya muncul juga 

Tuesday, January 10, 2012

memutihkan kulit seluruh badan

tgok mak aku.. kulit mak aku putih je..dah tu putih melepak kemerahan plak tu..mana x putih.. mak aku keje duk bwh aircond je.. cucuk vitamin c la.. minum collagen berkotak2 la..haishh.. jeles aku.. tunggu la aku da keje berpuluh ribu.. aku cucuk vitamin c gak.. tp apakan daya.. aku ni tgh bljr.. praktikal pon belum lagi.. so.. baget duit pon ala kadar je la.. haishh xleh jadi.. aku makin legam.. n mula la menggelupur pi farmasi cari cream sana sini.. minum collagen mak aku senyap2.. xpe.. mak aku x pasan pon collagen pack tu makin kurang..agaknye mak aku x kira kot.. diam je x bising.. HAHAHAHAH


jadi.. apa aku buat
senang saja.. beli 2 or 3 krim pemutih badan.. berterima kasih pada ayah aku sbb belikan sume krim nih..

krim yang aku pkai takat ni ada 4krim..and semua krim ni aku pakai setiap hari..antaranya
- Vaseline Healthy White SPF 24
- Banana Boat Sport SPF 30 
- Nivea Night Whitening Body Milk
- Nivea crim face (apa benda ntah aku lupa nama dia)

first.. pagi. 
pagi2 subuh dah mandi nak pergi kolej aku pakai krim Vaseline Healthy White SPF 24..
apply satu badan.. dah agak2 kering meresap tu.. aku sapu plak krim sun block Banana SPF 30..
then bolehlah keluar rumah dengan gembiranya.. muehehehe (sun block dipakai ketika keluar rumah and aktiviti luaran sahaja)
sunblock ni aku bawak sekali gi kolej.. bila abis kelas.. aku apply lagi..


tengahari.. 
dah balik kolej tu ofcoslah kena mandikan.. macam biasa.. apply krim yang sama.. vaseline sahaja.. 
tp bukan setiap hari aku balik tengahari.. tp tgok mcm membazir pon ada.. abis kelas dah apply sun bock..xkan nak letak krim lg kan.. 
yang tang tengahari ni aku tak terapkan sangat.. kadang-kadang 


Malam
haa yang ni wajib.. sebelum tido aku apply krim berlainan.. iaitu krim NIVEA Night Whitening Body Milk.. dan juga krim muka NIVEA..pon aku apply kat badan juga.. tp kes eden.. den x apply kat muko hah.. sasaran den nak putihkan badan jo.. muko x do nyo..muko den dah putih..


ok dah bubuh losyen tuu.. bolehlah tido dgn lenanya.. badan bau wangi.. nyamuk tidak hinggap.. and senang dibuai mimpi-mimpi yang indah.. muahaha.


the result = ya!! seminggu selepas tu aku dah boleh nampak hasilnya.. kulitku makin putih.. putih dan putih.. lalu sebelah minah cina.. hoho.. setandinglah kita! hahahahaha..
and sampai sekarang aku x stop pakai losyen2 nih..elok apa pakai losyen.. kulit x kering, putih pon makin bertambah putih, bau badan harum wangi.. confident pon makin bertambah.. hehehe.. peace yooo!


Sunday, January 8, 2012

inai Rani nail henna

skrg aku tengah pakai inai.. tiba2 dapat ilham nak post benda ni 

ini adalah serba serbi pengetahuan lack aku pasal inai

Inai asalnya dr daun pokok inai..ceihh! tu budak 3 tahun pon tahu.. kekuasaan Allah.. kalau daun inai itu ditumbuk atau dikisar, dan diletakkan di kuku-kuku jari, ia akan bertukar warna oren kemerah-merahan.. menurut makcik aku.. kalau nak memekatkan warna inai ni kepada merah pekat, kenalah blend or tumbuk bersama kayu arang.. dan letak sedikit nasi..ekk.. mybe bertujuan untuk pekatkan kot..nasikan jenis stick n melekat2.. wallahualam.. try tak merah mana pon.. result pon lebih kurang sama je..



Inai terkenal di Negara timur tengah seperti arab saudi, pakistan, iran, messir, turki n so on… termasuk india.. inai selalunya dipakai oleh bakal pengantin apabila ada majis perkahwinan atau pertunangan.. ikut majlis jugak lah.. nampak sweet je.. tp sekarang.. inai ni boleh pakai pada bila2 masa sahaja oleh sesiapa saja.. memang lah.. xde undang-undang yang kata inai ni boleh dipakai oleh orang yang berdarah manis..(pengantin) je..



Tp sekarang zaman dah canggih.. org sekarang x pakai lagi dah inai yg nak petik  dari pokok.. nak tumbuk2 lah.. leceh lah.. belum termasuk lagi kalau comot dah x leh nak hilangkan..nak hilangkan pun kena ambil masa.. nak kena tonyoh kuat2 pakai air paip.. (tp style aku.. kalau comot cepat2 aku tonyoh dengan kain sapu tangan pakai air panas..hilang terus..) lagi 1 kalau guna inai tradisional ni nak kena tunggu berjam2 lamanya untuk menghasilkan warna merah yang lebih pekat..mungkin memakan masa setengah hari, tak pon 1 malam.. dpt kita tgok situasi sebegini pada bakal pengantin dimalam sehari sebelom perkahwinan.. ohh tidak.. zaman sekarang dah canggih, orang sekarang serba pemalas and serba serbi nak pantas.



Sekarang orang pon dah pandai.. nak pakai inai beli je inai instant kat kedai mydin.. x pon dekat tepi2 jalan dekat kl ni ramai org buat bisness inai lukis.. mmg salute tabik spring kat diorang.. berbakat dan pandai seni ukir halus.. sangat cantik.. I looooiiiikkkkkkeeeee!

     taaa daaaa... inilah Rani Nail Henna

Bestnya pakai inai instant ni x payah tunggu lama-lama.. pkai seminit  pon dah boleh nampak  kemerahannya dan kecantikannya.. ia juga tidak melecehkan serta tidak comot.. sebab inai instant ni liquid dia jenis pekat n letak dalam tiub.. secara tidak langsung memudahkan si pemakai selain menjimatkan masa.. lepas ½ jam dah boleh bilas and boleh buat kerja.. tp kalau nak memekatkan lagi warna merah inai ni, kena tunggulah sampai inai tu kering.. maybe ambil masa lama sikit.. 1 jam mungkin..

perghh.. mcm tangan pontianak.. tunggu baham mangsa.. aummmm



see the result.. merah dan cantik je inai Rani nail henna neh..




  merahnya.. seram plak tgok tangan sendiri.. mcm pon..



hmm.. klu ada kelebihan mesti ada kekurangannya ye dok..ok yang lacknya pasal inai instant ni..                                                                                                                                            
Kita x tahu bahan apa yang terkandung dalam inai ni.. adakah ia bercampur bahan dari sumber yang halal.. adakah ia benar-benar halal.. and yang paling membimbangkan.. bolehkah inai ni boleh dibawa sembahyang dan kalau mandi wajib sah atau tidak??? For sure aku rasa was-wasjuga nak pakai inai ni walaupon dah banyak kali aku pakai n tgh pakai pon.. ..hahaha

senarai-senarai  was2 aku tentang inai instant ni adalah..
-         Warnanya yang sangat merah kehitam-hitaman. Inai asal x merah mana pon..

-         Cepat bertindak balas… ececeh.. maksudnya cepat bertukar warna merah.. (baca betul-betul.. merah bukan marah)
-
-        No halal logo on the pack.. walaupon inai ni tertera tulis ‘made in arab Saudi’..

-        Tu je.. list x byk pon.. (ceihh.. cakap was-was tapi pakai juga aku nih.. apa pon x boleh)


Lagi satu inai hitam.. rasa inai hitam ni pun popular juga tahun lepas.. ramai remaja dan gadis2 memakai inai hitam ni..lelaki pon ada pakai juga tau.. termasuk kakak aku.  X tahu lah mcm mana diorng boleh produce inai hitam.. adakah dorang blend inai dgn kayu arang dgn kuantiti yg byk??? atau blend dgn crayon hitam?? Atau menggunakan pewarna dari sumber-sumber yang haram?  Wallahualam.. aku pon x berani nak kata lebih and nak pakai inai hitam? Oh plesss.. x nampak sweet pon.. bg aku org yg pakai inai hitam ni tak nampak serinya..for true.. sbb color dia dah ler hitam dan kalau si pemakai itu berkulit gelap lagilah x sesueiii..warna hitamnya jenis x cantik..rasanya mybe sebab tahun2 lepas fesyen gothic sangat popular.. so melengkapkan imej gothic itu dengan memakai inai hitam.. menggantikan black nail colour.. 


Kesimpulannya.. ketahuilah dari mana sumber inai yang anda pakai sekarang.. senang2 pakai je cara tradisional..pi petik daun inai.. blend sendiri.. x de syak wasangka terus..but at least minta kebenaran dululah dari tuan pokok inai tu.. klu pokok sendiri x der ler nak mintak kebenaran.. kata pun pokok sendiri.. ko nak tebas pon boleh.. pokok sendirikan.. senang  aku x yah mintak kebenaran sbb kat kampong nenek aku dah tanam pokok inai tu sejak aku kecik.. sampai skrg masih utuh lg pokok tu walaupon dah byk ‘rambut’ dia yang  gugur.. 


Sekian.

Thursday, June 30, 2011

petua menghilangkan jerawat

berita baik!!!!!
kepada sesiapa yg ada masalah jerawat.. anda disarankan menggunakan DALACIN T
aku penah guna ubat ni.. n skg pon aku still guna ubat ni pon..
ubat ni jenis cecair.. korang je apply or dabbing je kat kawasan yg berjerawat.. insyallah.. dlm smggu surut..
sblom jumpa ubat ni kat farmasi.. aku smpai naik fed up nak beli ubat itu ini nak surutkan jerawt ni..
smpai la aku gi kat farmasi kat kampung aku kat melaka msjid tanah.. Farmasi Alang kot x silap aku.. akak farmasi tu sarankan aku guna ubat ni.. sekali dgn pil jerawat.. ape benda nama dia aku lupa...... jab aku ingat... 'doxycycline'.. aku guna dua2 ubat ni.. mmg clean n clear btol muka aku.. just tggl parut je.. suka gila!!!!!!!!!! nak hilangkan parut plak aku guna MEDERMA je.. kahkahkah!! suka suka..

tp masalah jrwat aku ni ikut hormon.. just klu kuar lg jerawat aku apply benda ni lah..kira muka aku bersih lah dari dulu merah2 muka aku dgn jerawat smpai malu aku nak kuar umh..
ubat ni bkn leh suka2 ati korang boleh beli.. korang kena beli kat ahli farmasi.. kat GUARDIAN aku rasa xde jual ubat2 ni.. kena betol2 cari farmasi ubat lah.. dulu aku igt ubt ni de jual kat farmasi kampung aku je.. penat aku tunggu..time balik kg je lahh aku kena beli.. haha..
tp kat kl pon ada gak... aku beli kat bangsar village.. n ada jugak kot kat FARMASI CARING..

















tu dia!!! kecik je..comel plak tu.. harga je lah x bp nak comel.. RM36.00 je!!
harap dgn ubt ni dpt surut n mematikan jerawat anda.. selamat mencuba :D

Monday, May 2, 2011

nenek

hari sabtu hari tu aku balik kg dgn family.. sbb mama aku kata nenek aku dah nazak sgt sbb sakit tua..
time tu aku mcm xde feeling.. aku angguk je.. (teruk tol aku) tp dlm hati aku sedih..
sampai2 je kat pital.. kitorg jumpa family cuu aku kat tmpat parking..
aku tgok mata mak cuu aku merah2.. hidung pon.. aku pikir mybe nangis sbb nenek..
dlm hati aku pikir.. teruk sgt ke keadaan nenek..?

kitorg pon trus naik lif tgkat 3.. smpai2 je wad aku terkejut...
nenek aku mmg dah nazak.. x sedarkan diri.. sedih sgt aku tgok keadaan nenek aku.. tak smpai hati aku tgok.. aku sentuh tangan nenek aku.. sejuk.. aku dpt rasa nenek aku takkan lama lg kat dunia nih.. mama aku trus peluk nenek aku lama2.. mengucap kat telinga nenek..
aku tgok kat sebelah katil kosong mak teh aku baca yassin nangis2.. tersekat2 baca yassin..
aku pon dah mcm nak nangis time tu jgak.. aku tahan2.. aku nangis jgak.. ya Allah.. sedih giler time nih... aku dah x peduli dgn org sekeliling.. aku nangis je.. nmpak buku yassin kat atas meja laci kecik tu aku trus baca.. mintak2 nenek aku sembuh.. harapkan keajaiban berlaku..
aku pula yg baca yassin tersekat2..

pastu aku keluar wad.. sbb turn ayah aku plak.. kat luar aku jumpa family belah atok aku.. keluar wad tu aku dah reda skit.. x nangis dah.. nek lang aku tanya mcm mana keadaan nenek.. aku dah mula nangis balik.. aku x dpt nak jwb.. entah tiba2 bila aku imagine nenek aku mula nangis balik.. deras je air mata ni kuar mcm air paip.. nak benti nangis x boleh.. aku asyik nangis je.. dah abis tisu lengan bju kurung aku pulak tempat aku kesat air mata.. dlm hati aku dah x peduli org tgok aku nangis teresak2 kat luar wad tu..

sampai je petang aku pon ikut la mak tam aku balik kg.. pikir esok2 leh jenguk nenek lg..
smpai kg sume family ada.. time mgrib, spupu aku dapat call dr atuk.. kata nenek aku meninggal.. aku terpana.. terkejut.. x percaya..
aku ingat lg kata2 spupu aku.. "anyah.. nenek dah tak de.........."
aku x percaya... berulang kali spupu aku kata benda yg sama..
"anyah.. nenek dah xde nyah.. nenek dah xde.. "
menangis aku time tu.. menyesal aku ikut mak cik aku balik kg.. menyesal aku x smpat mintak maaf kat nenek.. dah la aku byk buat dosa kat nenek.. padahal nenek aku la yg jaga aku time aku kecik2 dulu..
nenek aku la yg hantar n jemput aku dari tadika..
nenek aku la yg jaga mkn minum aku time kecik..
nenek aku la yg mandikan aku, kejutkan aku suh pi skolah...
nenek aku la yg marah aku mase aku nakal dulu..
nenek aku la yg sapu ubat kat kaki aku masa aku kena eczema dulu..
nenek aku la yg sapu kunyit hidup kat dahi aku masa aku kena deman dulu...
nenek aku la yg selimut n tidurkan aku n peluk aku masa nak tido dulu..
nenek aku la yg buatkan nestum dlm cawan suh aku mkn smpai abis..
banyak kenangan aku dgn nenek... anyah rindu sgt dgn nenekk... =(


sekarang nenek aku dah xde..
aku rindu nenek
lepas ni dah xde ciuman nenek lg..xde pelukan nenek.. =(
lepas ni dah xde nasihat dri nenek suh aku mkn byk2..
x sempat anyah nak minta maaf kat nenek..
dulu masa nenek paggil.. lama je anyah nak menyaut balik..
ya allah.. menyesalnya aku..

anyah rindu nenek... igt lg nenek ada datang umh sini.. atok aku x ikut.. duk sini seminggu..
nak berubat.. aku suka sgt.. aku layan nenek sebaik mungkin..
aku urut kaki tanpa disuruh.. dlm hati aku sebak sgt tgok kaki nenek ada tompok2 hitam..
sbb nenek ada kencing manis..
aku pimpin nenek klu nenek gi mana2..
aku mandikan nenek pakai air panas.. syampukan rambut nipis nenek.. nenek senyum.. belum penah aku tgok nenek senyum.. ya Allah.. sukanya aku time tu.. time mlm klu nak tido aku urut lg kaki nenek.. aku bg nenek tido atas katil aku.. aku plak tido kat bilik akak aku..
aku pimpin nenek klu nenek nak buang air.. sbb nenek dah x mmpu nak jln sendiri.. kena pimpin.. time tu aku sorang je la kena jaga nenek.. sbb akak aku kat perak..
mama plak kerja.. weekend je mama ada kat rumah..

skrg nenek dah tak de.. balik kg tgok katil nenek dah kosong kat ruang tamu depan tu..
hanya tinggal baju nenek je.. kain batik nenek..
nenek... anyah nak nenek tau yg anyah sayang sgt kat nenek..anyah xkan lupakan nenek..
anyah sntiasa doakan nenek tiap kali lepas smbahyang..
moga2 nenek masuk syurga.. tenang disana.. amin..






Monday, April 11, 2011

lasagna bolognese

today hari isnin.. aku x de kls..
so mkn tido mkn tido kat umh je laaahhh
aku lak x tau nak buat apa..tgok tv..tv lak tgok aku..
bkak tenet x de pe pon yg interesting..
even ada esemen pon aku mls nak buat time xde kls nih... ikut mood aku la nak bt ke xnak..
mcm biasa aku bgun lwt kul 10.30pg..
so..terlepas solat subuh aku.. sob sob...mama aku ni pon bkn nak kejutkan aku time kuar keje td..
huhhhh
aku pon trus la mndi wangi2.. nyanyi2 melalak2 dlm bilik air..
dah pkai bju n sluar pndek paras lutut.. (tu pon nak citer ke)
aku pon menuju la ke dapur....
mcm biasa aku bkak fridge tgok de mknn ke x.. n aku tgok x dek!!!
even roti gardenia pon xde..at least klu mkn sikit2 ada la tenaga aku nak buat keje..
sume mknn mentah.. adoiiiiyaiii.. kena masak la jwbnye
xde ke kek coklat sebijik kat peti ais ni.. aku rindu nk mkn kek..xpe..tggu aku dah besao nnti aku bukak kedai bakery aku sndiri kat bangsar village tu

sambung!
aku tgok dlm fridge ada ayam drumstick, ikan, sotong..
adoii.. aku mls nak msk lauk2 ni..
igt nak buat western dish..klu western aku nk buat apo plak nih..
nak buat spageti selalu sgt.. fettucini lebih kurang mcm spageti jgak.. lain bentuk je kott
haaaa.. aku buat lasagna bolognese!!!!!

trus aku tgok bahan.. yess!!!
sume bhn lengkap.. xde la lngkap sume.. just bahan asas tu ada la..
hehehehehe...
jgn main2 aku ni chef lima bintang kat hotel hilton tu tau!!! muahahaha.. commis sume aku dah lalui..(tipu je lebih)..

sambung!!
actually aku dah lupa mcm ne nak buat lasagna..
tp xpe... tu x jd masalah!!! (sunyum kambing smbil angkat2 kening)
tenet kan ada... aku google je lah.. muahahahaha

nak buat ikut resepi sndiri xde rrr.. resepi dlm tenet ni jgak la aku pakai..
so.. aku amik r papan potong n pedang samurai nak potong bawang..
nak gempak je citer.. alah aku guna pisau potong sayur je lahh!!
tajam la gak.. smpai terpot
ong kuku aku.. takottttttttt
dah tumis2 sume bru aku pon nak letak la sos prego..
aku pkai yg jenis dlm tin.. n yg sengalnye aku x tau lak nak bukak tin prego
aduhh.. mcm2 hal la.. xpe!! aku kecikkan api dulu..
trus aku duk bersila kat dapur tu nak bukak tin prego..
amik la jgak alat bukak tin tu.. aku try.. adoiii.. tumpul ke apa benda nih..
susah benar aku nak bukak.. lantak la.. last2 aku ketuk guna lesung batu.. baru gerak!!
muahahahaha.. bijak tol aku.. n akhirnya tin berjaya dibukak.. haha.. bijak bijak..

amik masa 1 jam la aku buat lasagna nih.. apa bnda yg lama pon aku x tau..
mybe nak lembutkan daging kisar td la kot..
masak punye masak.. akhirnya siap jgak!!!!!!!!
lasagna ni aku selang selikan dgn sos bechamel n cheese mozarella..
punye la byk aku letak cheese.. xpe.. akukan nak gmokk..
tp tempias la gak kat family aku nnti.. sbb dorang pon mkn jap gi..
xpe.. same2 la kita gemok ehh

ok..chau!!
gue mau makan lasagna nihh.. dadada.. dididi..dududu
nom nom nom.. sedapnyaaaaaaaaaaaaa